Scratch Intro

11 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

10 Februari 2019, PI Kota Pekan telah mengadakan kelas secara berkumpulan bagi memperkenalkan applikasi Scratch. Memandangkan kelas ini adalah untuk para pelajar , applikasi ini dapat membantu untuk menarik perhatian mereka . Scratch merupakan satu aplikasi untuk menghasilkan animasi dan grafik yang menarik . Kepelbagaian karakter dan fungsi di dalam applikasi ini menjadikan peserta teruja untuk belajar lebih lagi . Sesi kali ini hanya memperkenalkan fungsi asas Scratch dan cara menghasilkan applikasi berbentuk “story telling” yang mudah dan ringkas .

Setiap peserta perlu menghasilkan animasi yang menarik mengikut kreativiti masing – masing selepas diberi tunjuk ajar oleh staff PI. Kemudian, peserta perlu menjawab Kuiz Kahoot berkaitan Scratch sebagai aktiviti selingan setelah penat menyiapkan tugasan masing – masing. Kuiz ini menjadikan peserta seorang yang berdaya saing antara satu sama lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali